11 April - Seramai 50 orang pelajar menerima sumbangan daripada pihak MARALINER dan berbuka puasa di MARA Kelantan
11 April - Seramai 50 orang pelajar menerima sumbangan daripada pihak MARALINER dan berbuka puasa di MARA Kelantan
28 Mei 2022- Satu kejohanan catur tertutup Kelantan telah diadakan bertempat di Perpustakaan Ibnu Sina Kolej Poly-Tech Mara Kota Bharu. Antara objektif pertandingan tersebut adalah untuk mencari wakil negeri ke peringkat kebangsaan.Jumlah semua peserta yang terlibat dalam pertandingan ini seramai 106 orang dan MRSM Tumpat telah menghantar paling ramai peserta iaitu seramai 42 orang. Pertandingan tersebut berakhir pada jam 5.15 petang dengan upacara penyampaian hadiah kepada pemenang yang berjaya oleh Tn Hj Hasbullah Seman, Penasihat Kelab Catur KPTMKB yang mewakili pihak kolej.
23 Mei 2022- Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) telah mengadakan sambutan Hari Raya Aidilfitriย sempena syawal tahun 2022 bagi pelajar yang berada di asrama dan kawasan sekitar kolej.
Seramai 600 orang pelajar bersama staff hadir memeriahkan malam aidilfiri dengan pelbagai menu menarik hari raya seperti satey, ketupat,ayam golek dan lain-lain serta diserikan lagi dengan persembahan daripada para pelajar.
Majlis dimulakan dengan ucapan oleh Yang Mulia Hj Raja Izuddin Bin Hj Raja Ahmad, Pengarah KPTM Kota Bharu. Percikan bunga api ke udara sebagai simbolik pelancaran malam aidilfitri tersebut.ย
Selamat Hari Raya Aidilfitri!!!๐ฅณ๐ฅณ
ย
22 Mei 2022, AHAD - KPTM Kota Bharu telah menjalankan satu Program Khidmat Masyarakat di Pusat Tahfiz anak-anak yatim Darul Kautsar di Kubang Kerian.ย Program ini dirangka untuk membina, membentuk akhlak dan jati diri yang positif sertaย menanamย sifatย kasihย sayangย danย sifatย tolong-menolongย dalamย diriย setiapย insanย yangย bergunaย padaย masaย akan datang.
KOTA BHARU: Kerajaan Negeri Kelantan dengan kerjasama lapan institusi pendidikan di negeri ini dan Terengganu akan menganjurkan Persidangan Antarabangsa Pendidikan Guru 2022 (ICTEโ22) pada 10 dan 11 Oktober depan. Persidangan dwitahunan edisi kedua tersebut dinaungi Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi Negeri Kelantan, Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan. Institusi terbabit ialah Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Sultan Mizan dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di Terengganu serta Kolej Polytech Mara Kota Bharu dan Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS).
ย
AHAD, 20 September 2020 - Majlis kacau bubur Assyura tahun ini disambut dalam keadaan sederhana walaupun negara masih lagi bergelut dengan masalah COVID 19. Hanya staff dan pelajar semester 1 sahaja yang terlibat sambil dibantu oleh MPP kolej.
3 buah kawah mula di kacau pada awal pagi. Pelajar dan staff bergilir-gilir mengambil bahagian menyumbangkankan tenaga. Persediaan untuk ketiga-tiga kawah bubur Asyura dimulakan pada hari Sabtu lagi.
Semua kawah bubur mula siap pada pukul 4.30 petang. Bubur mula diagihkan dalam bekas-bekas kecil untuk memudahkan pembahagian. Semua pelajar dan staff kelihatan gembira mendapat bahagian masing-masing.
Sungguhpun penyertaan dari kalangan pelajar tidak semeriah tahun-tahun sebelumnya, tetapi program ini telah mencapai objektif dengan jayanya.
- webmasterkb