Kejohanan Catur Tertutup Kelantan PCNK-KPTM 2022
28 Mei 2022- Satu kejohanan catur tertutup Kelantan telah diadakan bertempat di Perpustakaan Ibnu Sina Kolej Poly-Tech Mara Kota Bharu. Antara objektif pertandingan tersebut adalah untuk mencari wakil negeri ke peringkat kebangsaan.Jumlah semua peserta yang terlibat dalam pertandingan ini seramai 106 orang dan MRSM Tumpat telah menghantar paling ramai peserta iaitu seramai 42 orang. Pertandingan tersebut berakhir pada jam 5.15 petang dengan upacara penyampaian hadiah kepada pemenang yang berjaya oleh Tn Hj Hasbullah Seman, Penasihat Kelab Catur KPTMKB yang mewakili pihak kolej.