Program 1000 Langkah Anjuran JKKP KPTMKB
SABTU, 27 April 2019 - Program 1000 Langkah anjuran Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) KPTMKB telah diadakan di perkarangan Aeon Mall, perkarangan KPTMKB dan kawasan Lembah Sireh.
Program yang dirasmikan oleh Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan ini adalah dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia dan Aeon Mall. Antara objektif program ini adalah untuk mengamalkan gaya hidup sihat dlm masyarakat dan juga mengeratkan silaturahim dan perpaduan antara masyarakat yg harmoni.
Semoga program ini akan terus dibuat di masa-masa akan datang untuk memupuk gaya hidup sihat di kalangan masyarakat.