Trustworthy| Resilient |Blessed

DARI MEJA PENGARAH KPTM KOTA BHARU

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Kolej Poly Tech Mara Kota Bharu (KPTMKB) adalah sebuah kampus yang komited terhadap pembentukan insan bijaksana ke arah pencapaian potensi diri secara optimum. Komitmen ini berdasarkan visi dan misi KPTM dan MARA yang menginginkan kebaikan untuk agama, individu, masyarakat dan negara.
Bidang-bidang pengajian yang ditawarkan di KPTMKB; Bio-Industri, Sains Kesihatan, Sains Sosial dan Pengurusan Perniagaan,  adalah kritikal untuk keperluan negara. Ia sesuai dijadikan pemacu bagi diri seseorang, samada untuk meningkatkan kebolehan, kemahiran dan kredibiliti demi menempa kejayaan samada di peringkat pengajian lebih tinggi mahupun di alam pekerjaan. Penghasilan graduan berkualiti dalam bidang-bidang tersebut pula dapat memastikan negara mempunyai daya saing sumber manusia yang kukuh.
Kajian pengesanan graduan mendapati sehingga 80% daripada lulusan KPTMKB telah melanjutkan pengajian di peringkat ijazah ataupun mendapat pekerjaan dalam masa enam bulan sahaja selepas bergraduat. Amat membanggakan apabila bagi tahun 2018, seramai 46 orang graduan KPTMKB telah ditawarkan penganjuran MARA untuk melanjutkan pengajian ke luar negara. Selain itu, dapat dikenal pasti seramai 19 orang daripada alumni KPTMKB telah mendapat pengiktirafan sebagai  warga kerja cemerlang oleh majikan masing-masing.
Di masa yang sama, kira-kira 3% daripada graduan KPTMKB menyahut cabaran untuk menjadi usahawan mewarnai ruang lingkup ekonomi negara. Nama-nama seperti Dr. Mohd. Fazlan Ghazali (Limasan Electrical & Lighting Sdn. Bhd., Muhammad Afzan Abdul Rahman (Kicapi Production Sdn. Bhd.) dan Rohamiza Ibrahim (Rif Auto Sdn. Bhd.) merupakan usahawan yang berjaya dalam perniagaan secara konvensional. Sementara itu, memperlihatkan kebolehan beradaptasi dengan trend pasaran semasa; Nur Farhana Ismail (IG: Susumomegojes), Muhamad Farizie Noor Azmi (IG: Sayaawakweddingcouture), Qistina Izni Mohamad Halim (IG: qistina_izni) dan Nur Syahindah Mohamad Kamal (IG: Ronaldinho_Kelate) telah menempa nama dalam pasaran siber dengan jumlah pengikut di antara 10,000 sehingga 60,000 followers. Kehadiran mereka membawa panji pengukuhan daya saing agama dan bangsa dalam arena perniagaan.
Pencapaian-pencapaian ini menjadi manifestasi kepada pencapaian pendidikan holistik KPTM. Kecemerlangan graduan tidak ditakrifkan hanya kepada pencapaian akademik tetapi juga kepada penghasilan insan yang berdaya saing, seimbang dan mampu merealisasikan aspirasi negara. Fokus pembangunan diri dilaksanakan melangkaui aspek akademik, kerana pembelajaran dilengkapkan dengan peningkatan pengalaman diri bagi pelajar. Dalam aspek ini, KPTMKB mengambil pendekatan pendedahan aktiviti sosial sebenar dimana pelajar dilibatkan dengan program kesukarelawanan, bantuan kemasyarakatan, pameran pendidikan dan kebudayaan serta majlis-majlis rasmi. Sesungguhnya di KPTMKB pelajar akan menghayati pendekatan akademik yang dilengkapi pengalaman kehidupan menjadikan mereka insan bijaksana. Lawati galeri gambar dan video atau ikuti kami di laman social facebook @KPTMKBHARU dan instagram @kptmkotabharuofficial untuk melihat aktiviti terkini.
KPTMKB beriltizam untuk terus maju menjadi sebuah IPTS tersohor berfungsi sebagai wadah pembangunan agama dan bangsa. Dalam jangkamasa terdekat, KPTMKB mensasarkan pergerakan ke arena antarabangsa melalui penawaran program akademik, pelaksanaan platform wacana ilmu melalui seminar dan konferens serta program lintas budaya. Pergerakan ini, insyaAllah, akan menjadi pelengkap kepada kepakaran KPTMKB untuk memastikan graduan yang dihasilkan bersedia dan mantap untuk mengaharungi arus globalisasi.
Gemilang KPTMKB!

- DR SYAMSUL FOZY BIN OSMAN

Image

Hubungi Kami

KOLEJ POLY-TECH MARA KOTA BHARU
SEKSYEN 17 BANDAR KOTA BHARU
JALAN LEMBAH SIREH, 15050 KOTA BHARU
KELANTAN
No Tel : 09 746 2020  Fax : 09 7477877  

 

     Download Applikasi Kami    
       
         
    Lokasi Kami    

Pelawat Online

1.png2.png2.png0.png4.png
Today24
Yesterday115
This week460
This month2135

2
Online
© Copyright 2019 - Kolej Poly-Tech MARA Cawangan Kota Bharu

Search