Dari Meja Pengarah

Ditulis oleh Super User on . Posted in Statik

pgh-sahidi1Assalamualaikum.

Dalam mecapai kecemerlangan, KPTM Kota Bharu sentiasa optimis dalam mencapai visi dan misi yang telah ditetapkan oleh MARA dan KPTM sendiri. Ini terbukti dengan pencapaian yang telah diraih sepanjang tahun ini dan tahun-tahun sebelumnya. Saya secara peribadi bangga untuk menyatakan bahawa KPTM Kota Bharu adalah merupakan institusi pengajian tinggi swasta  nombor 1 di Kelantan ini. Kenyataan ini mampu dibuktikan melalui jumlah kemasukan pelajar yang sentiasa bertambah saban tahun dan kini kita telah mencapai bilangan pelajar sebanyak 3000 orang dan secara langsung menjadikan KPTM Kota Bharu sebagai KPTM ke-3 terbesar di Malaysia.

Bagi memastikan kelestarian budaya kecemerlangan KPTM Kota Bharu, pelbagai usaha telah dirancang dan dilaksanakan oleh pihak pentadbiran dan mendapat sokongan penuh daripada para pelajar melalui Majlis Perwakilan Pelajar. Antara program yang telah dikendalikan adalah seperti Program CSR Khidmat Masyarakat, Perlaksanaan Kem “Training for Teacher” khusus untuk para guru dari Thailand dan program-program dalaman yang dirancang bagi memberi pendedahan yang sewajarnya kepada para pelajar. Di samping perlaksanaan program-program luar, KPTM Kota Bharu juga memfokuskan kepada aktiviti-aktiviti berbentuk kebajikan seperti Khidmat bantuan banjir dengan kerjasama NGO Kelantan, perlaksanaan Tabung Unity Kasih iaitu tabung kutipan amal yang digerakkan untuk mendapatkan sumber dana bagi membantu para pelajar yang memerlukan.

Sebagai Pengarah KPTM Kota Bharu, saya positif dengan perjalanan dan pencapaian yang telah dicapai dan berharap segala apa yang dirancang dapat dicapai. Adalah menjadi harapan saya juga agar jalinan kerjasama yang terbina dengan semua pihak akan berkekalan untuk kelangsungan kecemerlangan KPTM Kota Bharu