Konvensyen Guru Bimbingan Kaunseling Peringkat Negeri Kelantan di KPTMKB

Ditulis oleh Mohd Azuraidi bin Harun on . Posted in Berita Kampus

KHAMIS, 22 Februari 2018 - Satu konvensyen yang melibatkan 400 orang guru-guru bimbingan dan kaunseling dari semua sekolah-sekolah dari Negeri Kelantan telah berlangsung di KPTMKB.

Pada masa yang sama, KPTMKB juga telah menerima kunjungan dari YBhg. Dato' Mohamed Roseli bin Dol , Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) MARA dan Puan Siti Aminah binti Abdul Kadir, Pengarah Pengurusan Risiko & Inspektorat (BPIN).



En. Mohamed Saifuddin bin Hussin, Pengarah Kanan Jabatan Perancangan Korporat sedang memberi taklimat kepada kaunselor-kaunselor sekolah.


Jamuan yang disediakan oleh pihak KPTMKB kepada semua kaunselor-kaunselor.