Sambutan Hari Taska Peringkat Kebangsaan 2017

Ditulis oleh wan mohamad shukri on . Posted in Berita Kampus

SELASA, 8 Ogos 2017 – Sambutan Hari Taska Peringkat Kebangsaan 2017 telah diadakan pada 8 Ogos 2017 bertempat di Pantai Sri Tujoh, Tumpat Kelantan.

Sambutan Hari Taska dilakukan pada setiap tahun bagi meraikan kanak-kanak berusia bawah 4 tahun. Kolej Poly-Tech Mara, Kota Bharu telah terpilih sebagai penganjur bersama dalam sambutan ini.

Seramai 40 orang ahli Kelab Pendidikan Awal Kanak-kanak, Kolej Poly-Tech Mara, Kota Bharu telah terpilih untuk merealisasikan program ini. Sambutan ini telah dirasmikan oleh Ybg. Dato’ Seri Rohani bt Abdul Karim, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Program ini telah memberi pengalaman yang baru kepada pelajar-pelajar kerana julung-julung kalinya pelajar terlibat dengan sambutan Hari Taska Peringkat Kebangsaan.

hari-taska hari-taska1 hari-taska2hari-taska3