Youth Volunteerism By Christina Tasca

Ditulis oleh wan mohamad shukri on . Posted in Berita Kampus

Sabtu, 22April 2017–Program Youth Volunteerism by Christina Tasca telah diadakan di BK17, Kolej Poly-Tech Mara Kota Bharu. Program ini dibawah anjuran D’Gold Scroll Club dengan kerjasama Kedutaan Amerika Syarikat, Kuala Lumpur .Seramai 352 orang pelajar KPTM Kota Bharu yangmerupakan pelajar program Diploma In Accountancy, Diploma In Business Management dan Diploma in Tourism Management menyertai program ini termasuk 10 orang peserta bagi Program Massive Online and Open Learning Courses pada Disember 2016.

Tujuan utama program ini adalah memberikan galakan kepada para peserta yang bakal menjadi usahawan pada masa hadapan untuk lebih prihatin kepada masyarakat melalui aktiviti kemasyarakatan dan kerja-kerja kebajikan. Penceramah jemputan iaitu Miss Christina Tasca, Executive Director of the Muslim Community Network, New York dibawakan oleh Kedutaan Amerika Syarikat, Kuala Lumpur untuk berkongsi pengalaman beliau melakukan aktiviti kesukarelawan dan pengenalan kepada social entrepreneurships. Menurut beliau social entrepreneurships adalah usahawan menyumbang sebahagian dari keuntungan perniagaan untuk membantu masyarakat dan perkara ini telah lama berlaku di Amerika Syarikat. Tambah beliau lagi, konsep ini yang seiring dengan ajaran Islam akan dapat menjadikan usahawan itu seorang yang lebih prihatin. Beliau juga menasihati para pelajar yang aktif menyertai aktiviti kebajikan atau kesukarelawan agar tidak mengabaikan pelajaran.

Pada sesi ini juga, Mr Micheal Quinlan, Pegawai Kedutaan Amerika Syarikat, Kuala Lumpur menyampaikan sijil penyertaan kepada 10 peserta dan 2 fasilitator bagi Program Massive Online and Open Learning Courses (MOOC) yang telah berlangsung pada Disember 2016. Program MOOC ini telah diadakan di Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan. Turut serta dalam program ini adalah 10 perserta proram Victim to Victory yang terdiri daripada ibu tunggal. Turut hadir pada program ini adalah Puan Junaida Aziz, Alumni International Visitor Leadership Program(IVLP), Tuan Hj Nik Mohd Khairi Nik Mohd Zain, Timbalan Pengarah Akademik KPTM, Kota Bharu, Puan Yuslahiza Mat Yusoff, Ketua Jabatan Pengurusan Dan Perakaunan dan wakil dari Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan.

youth youth1