Program prihatin sukarelawan al falah yadim kptm parlimen Jeli

Ditulis oleh wan mohamad shukri on . Posted in Berita Kampus

RABU- 28 SEPTEMBER 2016. Program prihatin sukarelawan al-Falah Yadim -kptm di parlimen jeli telah diadakan pada 28 Sept 2016 yang disertai oleh 15 orang pelajar diploma kejururawatan dan 3 orang pensyarah.
Program yang bermula dari jam 2:00 perang dan berakhir pada jam 5:00 petang berjaya menziarahi 12 buah rumah masyarakat yang mengidap pesakit kronik.

Selain menjalankan pemeriksaan kesihatan dan tunjuk ajar cara beribadat dan berwudhuk untuk pesakit, pasukan ini juga menghulurkan bantuan hamper makanan bagi membantu meringankan beban pesakit.

yadim-28-09-2016 1 yadim-28-09-2016 2

yadim-28-09-2016 3 yadim-28-09-2016 4