On-Campus Job Interview @ KPTMKB 2016

Ditulis oleh Mohd Azuraidi bin Harun on . Posted in Berita Kampus

SABTU, 3 September 2016 ( Sabtu ) - Kelab Kaunseling dan Kerjaya KPTMKB telah menganjurkan program On-Campus Job Interview.

Program ini bertujuan memberi peluang kerjaya kepada pelajar melalui syarikat yang dijemput. Puan Zalmiah binti Long iaitu Pengurus Besar Sumber Manusia bersama dengan kakitangan dari ECON Medicare Centre And Nursing Home Sdn. Bhd. hadir untuk mengadakan temuduga ini.

Pelajar KPTMKB, terdiri daripada alumni dan pelajar semester akhir program jururawat telah hadir untuk temuduga kerja ini. Seramai 64 calon telah ditemuduga oleh Econ.