PENYERTAAN ACARA TAMAN NEGARA BIRD COUNT 2016 TOURISM CLUB

Ditulis oleh wan mohamad shukri on . Posted in Berita Kampus

JUMAAT, 04/03/2016 - Acara TAMAN NEGARA BIRD COUNT ini adalah kali ketiga diadakan di Taman Negara, Kuala Tahan, Jerantut yang disertai oleh para pelajar dari pelbagai institusi seperti Kolej Poly-Tech Mara (KPTM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Politeknik dan Kuala Lumpur Metropolitan Universiti (KLMU).

Pada kali ini, bilangan spesies burung yang dijumpai semakin meningkat hasil dari kerjasama serta semangat yang ditunjukkan oleh pelajar untuk memastikan spesies burung di Taman Negara sentiasa bertambah dan terpelihara.

Acara ini dianjurkan oleh BirdGroup Taman Negara Kuala Tahan, Pahang dan Persatuan Pengusaha Pelancongan Taman Negara Jerantut, Pahang pada Tarikh : 4 – 6 Mac 2016, Masa : 7.00 Pagi – 11.00 Malam bertempat di Xcape Resort Taman Negara.

bird count

bird count2

bird count1

bird count3

bird count4