Program Prihatin Sukarelawan Al-Falah Yadim KPTM Siri IV

Ditulis oleh wan mohamad shukri on . Posted in Berita Kampus

SABTU, 12/03/2016, Program Prihatin Sukarelawan Al-Falah Yadim KPTM Siri IV telah dianjurkan di Parlimen Ketereh. Program prihatin sukarelawan Al-Falah Yadim – KPTM Kota Bharu ialah program khidmat sosial mesra ibadah yang ditubuhkan hasil kerjasama Yayasan dakwah islamiyyah Malaysia dan Kolej Poly-tech Mara Kota Bharu, Kelantan.  

Program ini bertujuan mendekati masyarakat setempat melalui pemeriksaan kesihatan oleh para pelajar jurusan diploma kejururawatan kptm Kota Bharu. Objektif utama program ini untuk memberi pendedahan kepada masyarakat dengan lebih mendalam tentang cara berwudhuk dan solat ketika sakit.  Selain menjalankan pemeriksaan kesihatan kepada masyarakat, sukarelawan Al-falah memberikan tunjuk ajar cara mengambil wuduk dan solat bagi mereka yang tidak berupaya untuk melakukannya secara normal. 

Program lapangan  siri yang ke IV ini berlangsung di Kawasan dun Kadok Ketereh Kelantan, Majlis perasmian disempurnakan oleh Yang Dipertua YADIM Malaysia Dr. Yusri Bin Muhammad,Turut hadir bersama wakil Ahli parlimen Ketereh, Pengarah KPTM Kota Bharu En.Mohd Asri Mohammad dan Ketua Pegawai Eksekutif Yadim Zon Timur Ustaz mahadi Awang.   Seramai 20 ahli dukarelawan yang terdiri daripada pelajar kejururawatan KPTM bersama pensyarah KPTM dan pegawai Yadim menziarahi 15 buah rumah di sekitar kawasan dun Kadok. Program ini bermula jam 8:30 pagi dan berakhir pada jam 1;00 petang. 

IMG-20160312-WA0004 IMG-20160312-WA0005 IMG-20160312-WA0006 yadim12-3 1 yadim12-3 2