KPTMKB @ Karnival Citrawarna 2015

Ditulis oleh Mohd Azuraidi bin Harun on . Posted in Berita Kampus

JUMAAT, 11 September 2015 - KPTMKB sekali lagi telah menghantar wakil untuk menyertai Karnival Citrawarna KPTM yang diadakan di KTC, Alor Setar, Kedah.

Program ini diadakan selama dua hari berturut-turut ini disertai oleh semua wakil dari setiap cawangan KPTM seluruh negara. Juri yang mengadili pertandingan-pertandingan dalam karnival ini adalah dari Persatuan Seni Budaya Kedah. KPTMKB telah menyertai dua pertandingan, iaitu nyanyian dan tarian. Dalam pertandingan nyanyian, KPTMKB telah memenangi kostum terbaik, manakala dalam pertandingan tarian, KPTMKB telah mendapat tempat pertama.