Pelajar KPTMKB Menjadi Panel Forum Apa Kata GEN-Y

Ditulis oleh Mohd Azuraidi bin Harun on . Posted in Berita Kampus

KHAMIS, 22 Oktober 2015 - Satu forum Apa Kata GEN-Y yang bertajuk "Negara Bangsa - Realiti atau Ilusi" telah diadakan di Dewan Profesional UiTM Cawangan Kelantan.

Antara panel yang dijemput untuk membahaskan tajuk ini adalah Dato' Haji Ibrahim Bin Abdul Rahman (Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia), Aziman bin Hasan (Pengarah Penerangan Negeri Kelantan), Prof Madya Dato' Dr Hj Hilmi Ab. Rahman (Rektor UiTM Cawangan Kelantan), Dato' Mohd Zaini Hassan (Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu), dan moderator iaitu Prof Madya Dato Dr Mohammad Agus Yusoff (Pensyarah di UKM dalam bidang kepakaran politik perbandingan, politik Malaysia, politik Indonesia, federelisme dan pilihanraya. Slot forum brmula pada jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.

Bilangan panel dari setip wakil universiti dan kolej adalah seramai 7 orang. KPTMKB telah menghantar 2 orang pelajar, iaitu Nor Faezah bt Mohamed Ghaze (Diploma in Tourism Semester 5) dibantu oleh Mohd Faiz Syazwan bin Misman (Diploma in Agrotechnology Semester 5). Bilangan hadirin yang datang memeriahkan forum ini adalah seramai 800 orang pelajar daripada universiti dan kolej seperti UiTM Machang, UiTM Cawangan Kota Bharu, UMK Bachok, UMK Jeli, UMK Pengkalan Chepa dan dari KPTM Kota Bharu serta KPTM Kesedar.

Forum ini mengupas skop berkaitan negara bangsa - antara realiti dan ilusi dengan mengkhususkan perbincangan kepada Hala Tuju GEN-Y mendekati 2020 dalam perspektif jati diri, patriotisme, dan kengkangan perpaduan kaum dan cabaran serta sumbangan dan krisis GEN-Y. Adalah menjadi harapan yang tinggi bagi Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Kelantan agar penganjuran ini yang menjadi titik mula kepada kerjasama strategik bersama pusat pengajian tinggi Awam dan Swasta tempatan mampu menerokai pasaran baru dalam agenda memperkasakan jati diri dan patriotisme di kalangan generasi muda.