KPTMKB Mendapat Naib Johan dan Tempat Ketiga Dalam Pertandingan Aerobik

Ditulis oleh Mohd Azuraidi bin Harun on . Posted in Berita Kampus

SABTU, 10 Oktober 2015 - Pertandingan aerobik peringkat Negeri Kelantan sekali lagi telah diadakan di Jabatan Belia dan Sukan, Panji, Kota Bharu. Program ini adalah anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Kelab aerobik KPTMKB mengambil bahagian dalam acara aerobik terbuka dua kumpulan, fitball dan hiphop.

Hasil pertandingan aerobik terbuka KPTMKB telah berjaya menduduki Naib Johan dan tempat ketiga, Fitball Naib Johan dan Hiphop juga Naib Johan. Kumpulan yang menang telah membawa pulang trofi, hamper, sijil dan wang tunai, dimana Johan sebanyak RM800 dan ketiga RM600. Jumlah keselururan yang diraih oleh kelab aerobik KPTMKB adalah RM3000.