Hari Sukan Negara Peringkat KPTM Kota Bharu

Ditulis oleh Mohd Azuraidi bin Harun on . Posted in Berita Kampus

 Pelajar yang menyertai petanque

SABTU, 10 Oktober 2015 - Hari Sukan Negara Peringkat KPTMKB telah diadakan di perkarangan KPTM Lembah Sireh. Antara acara yang diadakan adalah senamrobik, jogathon 5 km di sekitar Lembah Sireh, dan pertandingan petanque.

Seramai 1300 orang pelajar dan kakitangan KPTMKB telah mengambil bahagian. Acara dirasmikan oleh YM Raja Izuddin bin Raja Ahmad, Penolong Pengarah Kanan, Sektor Kokurikulum, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Strategik KPTMKB.

Dalam pertandingan petanque, 3 kategori telah dipertandingkan, iaitu kategori pelajar lelaki, pelajar wanita, dan kategori staf.

Jogathon pelajar Jogathon pelajar