Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Sesi Julai 2014

Ditulis oleh Mohd Azuraidi bin Harun on . Posted in Berita Kampus

SELASA, 28 April 2015 - Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Sesi Julai 2014 telah diadakan di Kelantan Trade Center, Kota Bharu, Kelantan. Majlis yang dihadiri hampir 550 pelajar dan jemputan VVIP ini adalah untuk menghargai penerima Anugerah Dekan pada Sesi Julai 2014. Seramai 485 adalah penerima Anugerah GPA > 3.5 dalam pelbagai kursus pengajian.

Pelajar penerima Anugerah Pelajar Terbaik Keseluruhan adalah Mohd Zulfakar Bin Mohd Nor, kursus Diploma Kejururawatan semester 6 dengan GPA 4.00. Pemilihan beliau adalah berasaskan kejayaan akademik dan beliau juga aktif dalam bidang Ko-Q dan program khidmat masyarakat.

Penerima Anugerah Khas Pengarah adalah Ahmad Shamil Bin Kamaruzaman, kursus Diploma In Tourism dengan GPA 3.60 beliau terpilih berasaskan kepada pelajar ini adalah amat aktif dalam program-program yang dianjurkan oleh KPTMKB dan juga salah seorang pelajar yang terpilih mengikuti program intership Jepun-KPTM 2015.

Penerima Anugerah Pelajar Harapan adalah Muhammad Iskandar Bin Zainal Abidin Diploma In Tourism Management yang telah mendapat GPA 3.60 dan TOV adalah 1.7.

Harapan kami semoga pelajar akan terus berjaya dan semoga Tuan Pengarah juga akan berjaya di tempat baru nanti.