Kejohanan Petanque Double Tertutup KPTMKB 2015

Ditulis oleh Mohd Azuraidi bin Harun on . Posted in Berita Kampus

SABTU, 21 Mac 2015 - Kejohanan Petanque Double Tertutup KPTMKB 2015 telah diadakan di Gelanggang Petanque KADA, Lundang, Kota Bharu. Penganjur kejohanan ini adalah Kelab Petanque KPTMKB dengan kerjasama Persatuan Petanque Negeri Kelantan (PEKEL). Seramai 32 regu yang terdiri daripada 64 orang peserta yang menyertai kejohanan ini yang terdiri dari pelajar dan staf. Penasihat Kelab Petanque KPTMKB adalah En. Mahathir bin Muhammad dan presidennya adalah Sharifah Anida bt Said Ahamad Mastafar. Pusingan pertama pertandingan adalah secara double knock-out, manakala suku akhir dan seterusnya adalah secara kalah mati.

 

Menurut presiden kelab, "ini penganjuran kali kedua sejak kelab ini ditubuhkan pada tahun 2013, penyertaan amat menggalakkan dan bertambah berbanding tahun lalu, untuk kali ini juga kita mempertandingkan tiga kategori iaitu double lelaki dan double wanita selain tambahan kategori staf."

Menurut penasihat kelab, En. Mahathir Muhamad, "kejayaan penganjuran kejohanan ini adalah amat membanggakan memandangkan ada peningkatan drastik dari segi jumlah penyertaan."

Menurut Timbalan Pengarah HEP, YM Raja Izuddin Raja Ahmad, "kejohanan ini juga dijadikan sebagai medan pemilihan atlet yang akan mewakili kolej ke KEJOHANAN PETANQUE IPT PIALA KETUA SETIAUSAHA, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA, PERINGKAT ZON TIMUR 2015 pada 24 - 26 April 2015 nanti di Dungun, Terengganu. Saya berharap pasukan KPTMKB boleh mengatasi pencapaian tahun lepas yang mana mendapat satu pingat emas dan satu perak."

Menurut Presiden PEKEL, En. Wan Razali Wan Zain, "KPTMKB adalah IPT yang paling aktif dalam memperkembangkan sukan petanque di Kelantan. Saya berharap akan ada wakil pemain dari KPTMKB terpilih mewakili negeri Kelantan dalam SUKMA 2016 di Sarawak nanti."

Majlis penutup dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Presiden PEKEL sambil diiringi oleh Timbalan Pengarah HEP KPTMKB. Juara mendapat hadiah wang tunai RM200, kedua - RM160, Ketiga - RM120 beserta medal yang disumbang oleh PEKEL.

Klik di sini untuk melihat keputusan kejohanan.