Penghargaan Kelab Aerobik KPTMKB oleh Jabatan Belia dan Sukan Kelantan

Ditulis oleh Mohd Azuraidi bin Harun on . Posted in Berita Kampus

ISNIN, 22 Disember 2014 - Majlis Anugerah Sukan untuk semua peringkat Negeri Kelantan 2014 adalah anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan yang diadakan di Dewan Seri Pacific, Emaslink Pacific Hotel, Kota Bharu pada 22 Disember 2014. Tujuan majlis ini adalah untuk menyampaikan anugerah-anugerah bagi pelbagai bidang sukan yang telah berjaya sepanjang 2014 di bawah anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan atau ke peringkat kebangsaan.

 

Kelab aerobik KPTMKB adalah penerima anugerah sijil penghargaan sebagai peserta pertandingan aerobik terbuka dan tertutup yang mewakili Kelantan di peringkat kebangsaan yang lepas.

Sekalung tahniah kepada semua peserta kelab aerobik atas kejayaan yang telah dilakar dan ia memberi impak yang positif kepada pihak kolej dan seluruh warga kolej serta membawa nama KPTMKB ke peringkat negeri dan kebangsaan.

Terima kasih kepada seluruh pihak pengurusan dan pihak akademik yang sentiasa menyokong dan memberi dorongan ke arah kejayaan kelab.

Berita dan Gambar oleh,
Hjh Noor Azlina Hj Mohammad,
Penasihat Kelab Aerobik KPTMKB.