Majlis Kecemerlangan Pelajar KPTMKB Sesi Januari 2014

Ditulis oleh Mohd Azuraidi bin Harun on . Posted in Berita Kampus

SELASA, 9 SEPTEMBER 2014 - KPTMKB sekali lagi telah menganjurkan satu majlis gilang-gemilang bagi meraikan dan pelajar-pelajar yang cemerlang dari segi akademik dan kokurikulum. Majlis Kecemerlangan Pelajar KPTMKB Sesi Januari 2014 telah diadakan di Grand Ballroom, Hotel Renaissance Kota Bharu pada 9 Selasa, 9 September 2014.

Majlis ini dirasmikan oleh Pengarah MARA Kelantan, Ybhg En. Kamis bin Mahawi. Antara anugerah-anugerah yang disampaikan pada hari tersebut adalah Anugerah Dekan, Anugerah Alumni, Anugerah Kokurikulum Terbaik, Anugerah Pelajar Harapan, Anugerah Khas Pengarah, Anugerah Pelajar Terbaik, dan Anugerah Elit.

Dalam ucapan aluan dari Ybrs Tuan Pengarah KPTMKB, En. Mohamed Saifuddin bin Hussin, pada sesi Julai hingga November 2013 yang lalu, peratus kelulusan bagi semua program adalah 98.51 %, manakala yang mendapat sijil dekan adalah 14.74%. Jumlah pelajar adalah 585 orang. Untuk sesi Januari hingga Mei 2014 pula, peratus kelulusan adalah 99.09% dan yang mendapat sijil dekan adalah 23.61%. Jumlah pelajar adalah 627 orang. Ujar beliau, dari statistik ini dengan jelas kita dapat perhatikan bahawa terdapat kenaikan yang mendadak dalam peratusan yang lulus dan yang mendapat sijil dekan. Ini satu pencapaian yang membanggakan dalam sejarah KPTMKB.

Tegas Tuan Pengarah lagi, semua kejayaan ini tidak akan tercapai tanpa pengorbanan diri sendiri, termasuklah para-para pengajar dan kakitangan KPTMKB, serta tidak dilupakan doa dan restu ibu bapa masing-masing. Selain dari itu, Skim Pelajar Cemerlang MARA dengan julung-julung kalinya telah disertai oleh calon pertama dari KPTMKB. Pelajar ini akan melanjutkan pelajar ke United Kingdom dalam masa terdekat ini.

Antara pencapaian dari segi kokurikulum telah di KPTMKB adalah Karnival Kecergasan Negeri Kelantan. Pasukan aerobik dari KPTMKB telah memenangi RM4000 dalam karnival tersebut. Pasukan ini akan mewakili Kelantan ke peringkat kebangsaan pada bulan Oktober nanti. Selain itu, pasukan pentaque telah layak ke Grand Final Piala Kementerian Pengajian Tinggi.