KPTMKB @ Karnival Kecergasan Peringkat Negeri Kelantan 2014

Ditulis oleh Mohd Azuraidi bin Harun on . Posted in Berita Kampus

KOTA BHARU, 6 September 2014 - seramai 30 pelajar Diploma Kejururawatan KPTMKB telah menyertai pertandingan Kecerdasan sempena Karnival Kecerdasan Peringkat Negeri Kelantan 2014 yang dianjurkan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan pada 6 September 2014. Antara acara-acara yang dipertandingkan bagi pertandingan kecerdasan adalah Hip Hop Berpasukan, Step Board Berpasukan, Fit Ball Berpasukan, Aerobik Berpasukan Lompat Tali Berpasukan Kategori Sekolah Menegah dan Sekolah Rendah dan Pertandingan Mr.Gim 1 Malaysia.

Antara pertandingan yang di sertai oleh pelajar KPTMKB adalah Hip Hop Berpasukan (1 pasukan) Aerobik Terbuka dan Tertutup (2 pasukan), Fit Ball Berpasukan (1 pasukan) dan Step Board (1 Pasukan). Pelajar KPTMKB telah bertandingan dengan pasukan-pasukan yang di jemput dari seluruh peringkat negeri Kelantan yang berumur 20 dan ke atas. Berkat usaha dan kegigihan latihan yang telah mendapat nasihat daripada penasihat Aerobik Hjh Noor Azlina Hj Mohammad (pensyarah Sains, KPTMKB) dan penasihat professional yang di lantik oleh pihak KPTMKB iaitu Pn Rohani Bt Abd Ghani@Ghani pelajar KPTMKB yang juga merupakan intraktor aerobic peringkat kebangsaan dan merupakan juri professional peringkat kebangsaan pelajar KPTMKB telah memenangi beberapa kategori iaitu:

  1. Hip Hop (Naib Juara)
  2. Aerobik Terbuka (Pasukan Akurat – Juara) dan (Pasukan Gorgeous Naik Juara)
  3. Aerobik Tertutup (Pasukan Akurat – Juara) dan Pasukan Gorgeous Ketiga)
  4. Step borad (Naib Juara)
  5. Fit Ball (Naib Juara)

 

Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Dato’ Makthar Bin Mustapha, Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan dan En Md Sulji Bin Zakaria, Pengarah jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, pelajar yang menang telah berjaya membawa pulang piala, sijil dan wang sebanyak RM3900 keseluruhan dan layak untuk mengikuti pertandingan peringkat Kebangsaan pada bulan Oktaber 2014 nanti.

Berita dan Gambar Oleh,
Hajjah Noor Azlina binti Mohammad
Penasihat Aerobik KPTMKB