Program Setulus Kasih Ramadhan

Ditulis oleh Mohd Azuraidi bin Harun on . Posted in Berita Kampus

 

SABTU, 12 Julai 2014. Sekali lagi Kelab Perakaunan KPTMKB telah menganjurkan "Setulus Kasih Ramadhan", satu program amal untuk memberi sumbangan kepada masyarakat kampung yang memerlukan.

Program ini yang berlangsung dari pukul 9 pagi hingga 5 petang telah dibuat di sekitar Pengkalan Chepa, iaitu DUN Chempaka, Kijang dan Pachor. Program ini dirasmikan sendiri oleh Tuan Pengarah KPTMKB. Antara yang hadir merealisasikan program ini adalah Timbalan Pengarah Akademik KPTMKB, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar, pensyarah-pensyarah dari Jabatan Pengurusan KPTMKB, ahli-ahli Kelab Perakaunan, dan wakil-wakil dari UMNO Bahagian Pengkalan Chepa.

Antara aturcara program adalah memberikan sumbangan berbentuk barangan keperluan dapur, seperti beras, milo, minyak masak, biskut dan lain-lain kepada 30 penerima dari kategori warga emas, orang kurang kemampuan, orang kelainan upaya, pesakit-pesakit kronik dan anak-anak yatim di sekitar kawasan tersebut.

Skuad KPTM dibahagikan kepada 3 kumpulan yang setiap kumpulan bergerak ke 10 lokasi utk memberikan sumbangan. Program ini dijalankan untuk memdedahkan pelajar dan ahli kelab tentang tanggungjawab sosial yang perlu dilaksanakan kepada masyarakat terutama apabila bergelar usahawan pada masa hadapan. Selain itu, pelajar-pelajar dan ahli persatuan dapat melihat dan merasai sendiri kesusahan dan kepayahan hidup masyarakat setempat.

Berita oleh,
Wan Salwani bt Wan Rossly,
Penasihat Kelab Perakaunan,
KPTMKB.