Bengkel Penulisan Resume Anjuran Yayasan Kerjasama Bank Rakyat

Ditulis oleh Mohd Azuraidi bin Harun on . Posted in Berita Kampus

10 dan 11 OKTOBER 2014 - Satu program bertajuk Bengkel Penulisan Resume Anjuran Yayasan Kerjasama Bank Rakyat telah diadakan di KPTMKB Kampus Lembah Sireh. Program ini telah dirasmikan oleh YM Raja Izuddin Hj. Raja Ahmad. Penceramah adalah En. Mohd Mukhti Abd Rahman, Eksekutif, Unit Pembangunan Modal Insan, Yayasan Bank Rakyat.

Program ini di adakan di bawah subjek Business Etiquette and Communication Skills bagi pelajar Diploma Pelancongan Semester 3 dengan kerjasama Unit Kaunseling KPTMKB. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada bakal-bakal graduan dalam teknik penulisan resume yang sistematik dan berkesan.