KPTMKB Berjaya Mencapai Standard Pengiktirafan Amalan Persekitaran Berkualiti (5S) oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)

Ditulis oleh Mohd Azuraidi bin Harun on . Posted in Berita Kampus

SELASA, 11 Mac 2014 - Kolej Poly-Tech MARA Kota Bharu telah menerima lawatan juruaudit untuk penilaian penuh Persekitaran Amalan Berkualiti (5S). Pn. Kartin Haslinda Binti Che Mat daripada Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) telah mengesyorkan Kolej Poly-Tech MARA Kota Bharu untuk menerima pengiktirafan Amalan Persekitaran Berkualiti (5S).

Hasil penilaian beliau, Kolej Poly-Tech MARA Kota Bharu telah berjaya memenuhi standard Amalan Persekitaran Berkualiti (5S) yang telah ditetapkan oleh MPC. Dengan ini, Kolej Poly-Tech MARA layak menerima Sijil Pengiktirafan Amalan Persekitaran Berkualiti (5S) dengan tempoh sahnya selama setahun mulai 11 Mac 2014 sehingga 10 Mac 2015. Kolej telah berjaya mencapai sasaran ke Arah Pensijilan Amalan Persekitaran Berkualiti (5S).

Berita oleh,
Naz Hamiza Mohd Siher,
Pen. Pengarah,
Jaminan Kualiti
KPTM Kota Bharu.