Program Bakti Siswa D'GSC 2014

Ditulis oleh Mohd Azuraidi bin Harun on . Posted in Berita Kampus

JUMAAT, 17 September 2014 - Program Bakti Siswa D'GSC 2014 telah diadakan di Kampung Gong Guchil, Jerteh, Terengganu. Program ini dianjurkan oleh Kelab D'Gold Scroll, KPTMKB. Program ini berlangsung selama 3 hari sehingga Ahad, 19 Oktober 2014. Peserta terdiri daripada ahli-ahli Kelab D'GSC dan pelajar-pelajar KPTMKB seramai 80 orang.

Objektif program ini adalah untuk mewujudkan kerjasama dan keyakinan dalam kalangan pelajar-pelajar KPTMKB dan masyarakat. Ia juga dapat mendidik para pelajar supaya lebih berketerampil an dari sudut kepimpinan, khidmat masyarakat dan kemahiran berkomunikasi dengan masyarakat luar. Selain itu, dengan wujudkan program ini, masyarakat akan dapat lagi mengenali KPTM sebagai pusat pengajian yang setanding dengan IPT lain di negara ini. Selain program ini dapat mengeratkan silaturrahim antara para pelajar dan masyarakat setempat, ia juga dapat mempamerkan khidmat masyarakat dan imej mahasiswa KPTM yang berketrampilan dengan masyarakat luar. Program ini dapat memberi kesedaran betapa pentingnya hubungan dengan masyarakat dan sekaligus dapat belajar cara-cara yang betul menghormati masyarakat luar.

Kelab D'Gold Scroll merupakan satu kelab akademik yang ahli-ahlinya terdiri daripada pelajar yang memperolehi CGPA 3.00 ke atas. Kelab ini bukan sahaja berteraskan akademik, bahkan juga dilatih untuk menceburkan diri dalam aktiviti-aktiviti bersosial dengan masyarakat luar. Kelab ini mengadakan program pada tahun 2014 yang bertemakan "Khidmat Masyarakat" sememangnya diharapkan menjadi platform bagi melahirkan pemimpin yang lebih berdedikasi