Kejohanan Petanque MASISWA - UNITEN 2014

Ditulis oleh Mohd Azuraidi bin Harun on . Posted in Berita Kampus

KHAMIS, 16 Oktober 2014 - Kejohanan Petanque Masiswa-Uniten 2014 telah diadakan di Gelanggang Petanque Muadzam Shah. Kejohanan anjuran Uniten ini diadakan selama 4 hari yang berakhir pada 19 Oktober 2014. Ia disertai oleh 10 IPT dari seluruh malaysia, antaranya UMP,Unimap,UPSI dan Uniten. KPTMKB telah menghantar 12 orang atlet utk kategori solo, duo dan trio lelaki dan wanita. KPTMKB telah berjaya meraih 2 gangsa dalam kejohanan yg pertama kali diadakan ini. Pengurus pasukan adalah En. Mahathir Muhamad dan jurulatih pasukan adalah En. Wan Zakaria bin Ibrahim, iaitu jurulatih petanque Kelantan.

solo lelaki (MOHAMAD SAIFUL ANUAR BIN MOHD GHAZALI)

pusingan awal

KPTMKB 6-16 UNITEN

KPTMKB 13-5 UMP 2

pusingan kedua

KPTMKB 13-5 UCB 2

separuh akhir

KPTMKB 4-13 UPSI (gangsa bersama)

trio wanita (WAN NOR AZREEN BINTI WAN ZAKARIA,NORHAFISAH BT ABDULLAH,WAN NOORALWANIS BINTI WAN ZAKARIA)

pusingan awal

KPTMKB 13-7 UNITEN B

KPTMKB 12-13 UMP

pusingan kedua

KPTMKB 13-4 UNITEN B

separuh akhir

KPTMKB 10-13 UNITEN A (gangsa bersama)

-duo lelaki(tewas 9-13 kepada Kolej Komuniti Masjid Tanah) dan duo wanita(tewas 6-13 kepada UNIMAP A) terkandas di peringkat suku akhir

-solo wanita dan trio lelaki terkandas di pusingan kedua

-pengurus pasukan, Mahathir Muhamad berkata, "Amat berpuas hati dengan keputusan yang diperolehi pada kejohanan edisi pertama ini. majoriti pemain yang dibawa kali ini adalah pemain baru sbg medan pendedahan untuk menghadapi kejohanan yang lebih besar tahun hadapan termasuk Kejohanan Petanque IPT Kebangsaan dan SUPTEM (Sukan Kolej Poly-Tech MARA)

Laporan oleh,
En. Mahathir Mohammad
Pengurus Pasukan Petanque KPTMKB