Kejohanan Futsal Lelaki Terbuka Gua Musang 2014

Ditulis oleh Mohd Azuraidi bin Harun on . Posted in Berita Kampus

JUMAAT, 17 Oktober 2014 - Kejohanan Futsal Lelaki Terbuka Gua Musang 2014 telah diadakan selama dua hari berturut-turut. Kejohanan ini melibatkan 32 pasukan semuanya. Kebanyakan pasukan adalah dari Jajahan Gua Musang. Pasukan KPTMKB menang pada pusingan kumpulan dan layak ke suku pusingan kedua. Menang dengan bergaya hingga ke pusingan semi final, namun kalah tipis dengan Kesedar A serta menang menentuan ketiga dan keempat dengan remaja Indraputra. KPTMKB membawa pulang hadiah RM700 beserta jersi. Majlis penyampaian hadiah disampaikan oleh YB ADUN Galas, Gua Musang, iaitu Ab. Aziz bin Yusof.

Laporan oleh,
Mohd Asmadi bin Awang,
Pengurus Pasukan Futsal KPTMKB