Program Bulan Neighbourhood

Ditulis oleh Mohd Azuraidi bin Harun on . Posted in Berita Kampus

BERTARIKH 18 Oktober 2014, Majlis Perwakilan Pelajar KPTM Kota Bharu telah mengadakan Majlis Perasmian Penutup Bulan Neighbourhood dan Perasmian Sekretariat IM4U. Majlis tersebut telah diadakan di Rooftop A, KPTM KB Kampus Lembah Sireh dan telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia, En. Ramli bin Mohd Jawi, Timbalan Presiden (Hal Ehwal Pelajar). Turut menghadiri majlis tersebut adalah Yang berusaha, En. Mohamed Saifuddin bin Hussin, Pengarah KPTM Kota Bharu dan Yang Mulia, En. Raja Izuddin bin Raja Ahmad, Penolong Pengarah Kanan (Kokurikulum), KPTM Kota Bharu.

Menurut Presiden Majlis Perwakilan Pelajar KPTM KB, Saudara Mohd Izham bin Siedeh, Bulan Neighbourhood merupakan program berbentuk kebajikan dengan bertemakan “From Student For Student” di mana setiap aktiviti yang dirancang berfokuskan kepada keperluan dan kebajikan pelajar KPTM Kota Bharu sendiri. Program ini diadakan dari 14 September hingga 18 Oktober 2014. Menerusi gabungan 5 exco Majlis Perwakilan Pelajar KPTM KB iaitu Exco Kebajikan, Exco Disiplin dan Etika, Exco Pembangunan Kendiri dan wanita, Exco Rekreasi Luar dan Exco Pendidikan antara aktiviti yang dilaksanakan adalah seperti Kutipan Tabung Amal KPTM KB, “Stress Release Day”, Lawatan CSR ke rumah pelajar, “Dress to the Code campaign” serta penyediaan tapak untuk para pelajar berniaga dengan sewaan tapak yang sangat rendah. Program ini turut diselitkan dengan aktiviti santai seperti “KPTM, You got talent”, tayangan wayang pada setiap hari sabtu dan pertandingan nyanyian “The Voice”.

Semasa majlis perasmian penutup, turut diselitkan sesi perasmian sekretariat IM4U yang kini telah mendapat penyertaan aktif seramai 435 orang ahli dan Program Sukan Warisan di bawah kendalian para pelajar semester 4 Diploma in Tourism.

Laporan oleh,
En. Shahrul Nidzam bin Rozali,
Penasihat Majlis Perwakilan Pelajar KPTMKB