Program Kerjaya Mahasiswa Dalam Scope Usahawan

Ditulis oleh Mohd Azuraidi bin Harun on . Posted in Berita Kampus

ISNIN, 20 Oktober 2014 - Program Kerjaya Mahasiswa Dalam Scope Usahawan telah diadakan di Auditorium KPTMKB Kampus Lembah Sireh, adalah program anjuran Kelab Usahawan KPTMKB. Penceramah adalah Dato' Roslan Abdul Hamid, CEO Pulau Jutawan Resources. Antara peserta program ini adalah pelajar AB101 dan AA101 Semester 4 dan 5 seramai 100 orang.

Banyak input keusahawanan telah diberikan oleh beliau. Antaranya adalah cara-cara untuk menjadi seorang usahawan, banyak rintangan-rintangan dan cabaran-cabaran perlu dihadapi dan diharungi. Tetapi puncuk pangkalnya adalah disiplin terutama dalam menguruskan masa. Ujar beliau lagi, kita jangan sesekali ada perasaan malu untuk menjadi seorang usahawan. Untuk mendapatkan sesuatu barangan, jangan kita terlalu mengharapkan bantuan dari orang lain. Berusaha dan terus berusahalah dengan keyakinan diri sendiri untuk mendapatkan barangan tersebut. Selain itu, kita mestilah jangan pentingkan ego. Selagi ego tidak dibuang, selagi itulah kita tidak akan dapat duit. Jadi, untuk menjadi usahawan yang berjaya, kita mesti membuang ego.

Dalam program ini juga, beliau menerangkan bagaimana untuk menjadi seorang usahawan dengan menggunakan teknologi zaman sekarang.

Laporan oleh,
En. Mohd Luqman Hakim bin Mahamad Zahari