KPTMKB Naib Johan Pertandingan Kelayakan Liga Bola Sepak MASISWA Zon Timur 2014

Ditulis oleh Mohd Azuraidi bin Harun on . Posted in Berita Kampus

PASUKAN bola sepak KPTMKB telah menyertai Pertandingan Kelayakan Liga Bola Sepak MASISWA Zon Timur 2014 yang berlangsung di Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah pada Mac lepas. Di bawah latihan yang dikendalikan oleh jurulatih, Abdul Aziz Mustapha, pasukan KPTMKB telah medapat tempat Naib Johan setelah tewas 3-2 kepada pasukan Kolej Universiti Shahputra (UCSA) pada pusingan akhir pertandingan.

Dengan penyertaan anjuran Majlis Sukan IPTS Malaysia (Masiswa) tersebut, pasukan KPTMKB layak untuk menyertai Pusingan Kelayakan Liga Bola Sepak IPT peringkat Zon Timur 2014 yang dianjur oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan Grand Finale Liga Bola Sepak MASISWA 2014 yang akan berlangsung pada Disember ini.