Silat Antarabangsa Piala Timbalan Perdana Menteri Siri Ke-5

Ditulis oleh Mohd Azuraidi bin Harun on . Posted in Berita Kampus

ISNIN, 15 SEPTEMBER 2014 - Penyertaan KPTMKB buat pertama kali dalam siri Kejohanan Silat Antarabangsa Siri Ke-5 yang berlangsung di Mydin Mall Ipoh Perak telah terubat kerana salah seorang pelajar KPTMKB berjaya meraih pingat Gangsa setelah dapat memasuki peringkat separuh akhir. Kejohanan ini berlangsung selama 6 hari.

Peserta tersebut adalah pelajar Diploma Kejururawatan Semester 1 iaitu Muhammad Amar bin Mawardi. Pertandingan ini di adakan pada 15 September hingga 20 September 2014. Kita menyertai 2 Kategori iaitu: Tanding Putra dan Tanding Putri.