Program Khidmat Masyarakat Di Selatan Thailand Dengan Kerjasama General Konsulat Malaysia Di Thailand

Ditulis oleh Mohd Azuraidi bin Harun on . Posted in Berita Kampus

PROGRAM ini berbentuk khidmat masyarakat di mana ia dapat memberi pengalaman kepada pelajar tentang kemasyarakatan dan seterusnya dapat mengaktifkan aktiviti pengantarabangsaan di Selatan Thailand. Dalam masa yang sama nama KPTM akan terus mekar dan subur di Wilayah Selatan Thailand.

Peluang program ini adalah untuk menjalankan usahasama akademik dan bukan akademik. Selain itu, ia juga dapat memperkenalkan KPTM kepada guru–guru sekolah kebangsaan di Selatan Thai supaya pelajar yang berpotensi dapat menyambung pengajian di KPTM. Program ini juga berperanan untuk memberi peluang pelajar KPTM meneroka suasana kehidupan masyarakat Islam diluar negara melalui program yang diatur.

KPTM telah menerima email jemputan menganjurkan program khidmat masyarakat dengan kerjasama General Konsulat Malaysia di Selatan Thailand pada Julai 2014. Pihak General Konsulat Malaysia juga bersedia untuk membantu menyelaraskan program tersebut sehingga berjaya.

Pihak General Konsulat mencadangkan agar program ini melibatkan pelajar KPTM tinggal bersama keluarga angkat, di mana akan memberi peluang kepada pelajar untuk menyelami kesusahan yang dihadapi oleh masyarakat Islam di sana. Pihak General Konsulat juga mencadangkan juga agar aktiviti sepanjang program berlangsung lebih kepada berbentuk ilmiah di mana pihak General Konsulat memaklumkan kebanyakan penduduk muslim di Haiyai dan Songkhla tidak fasih berbahasa Melayu.

Pihak Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla telah memainkan peranannya dengan begitu efektif dalam membantu KPTM melaksanakan aktiviti pengantarabangsaannya di Selatan Thailand.