Majlis "Jasamu Dikenang - En. Riduan Hamzah"

Ditulis oleh Mohd Azuraidi bin Harun on . Posted in Berita Kampus

SELASA, 18 November 2014 - Satu majlis perpisahan untuk persaraan En. Riduan Hamzah, Penolong Pengarah Kewangan di Jabatan Kewangan KPTMKB telah diadakan di Auditorium KPTMKB Lembah Sireh. Majlis ini diadakan sempena penghargaan beliau berkhidmat dengan penuh dedikasi dan berhemah di KPTMKB.

Beliau yang sekarang sudah berusia 54 tahun, telah berkhidmat selama 26 tahun dengan KPTM, semenjak nama asal KPTM belum ditukar lagi, iaitu Yayasan Pelajaran MARA (YPM). Menurut Timbalan Pengarah Kewangan, En. Md Harnizam bin Abdul Halim, beliau bukan sahaja kakitangan KPTM yang berdedikasi, malah merupakan ayah, penasihat, syifu yang berpengalaman, malah penggerak kepada Jabatan Kewangan sejak dahulu lagi. En. Md Harnizam berterima kasih kerana sepanjang khidmat beliau, KPTM telah bergerak maju.

Menurut Pengarah KPTMKB, En. Mohamad Saifudin bin Hussin, beliau adalah antara sahabat karib yang sama-sama bersuka ria dan bersedih bersama, bukan sahaja semasa bertugas, tetapi juga semasa di luar waktu pejabat. Kenangan bersama beliau tidak dapat dilupakan. Tuan Pengarah sangat menghormati keputusan beliau untuk bersara dan berehat bersama ahli keluarga dan berharap beliau akan hidup lebih selesa kelak. Tuan Pengarah juga berharap tali silaturrahim akan sentiasa erat selama-lamanya.

Berita dan gambar oleh,
Unit Komunikasi Korporat KPTMKB, Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.