Karnival Pertandingan Citrawarna KPTM 2014 Di KPTM Batu Pahat

Ditulis oleh Mohd Azuraidi bin Harun on . Posted in Berita Kampus

PADA 18 hingga 20 Oktober 2014, seramai 20 orang pelajar termasuk pegawai pengiring KPTM KB telah bertolak ke KPTM Batu Pahat bagi menyertai Karnival Pertandingan Citrawarna KPTM 2014. Barisan pelajar ini seramai 16 orang (8 orang penari dan 8 orang ahli jawatankuasa) serta dua orang pensyarah sebagai pegawai pengiring iaitu Cik Siti Syazwani Binti Mohd Fauzi selaku penasihat Kelab Kebudayaan dan Kesenian KPTM KB dan dibantu juga oleh Cik Farizah Binti Lamun. Selain itu, jurulatih tarian Encik Mohd Zamani Bin Md Zain dan jurutatarias Encik Che Nurkamarulzaman Bin Che Hussain juga turut serta bagi membantu kelancaran program.

 

Pertandingan Karnival Citrawarna KPTM 2014 ini dirasmikan oleh Timbalan Presiden Akademik, Encik Ismail Bin Junuh. Malam kemuncak pertandingan ini adalah pada 19 Oktober 2014 dan diadakan di Dewan SMK Tinggi Batu Pahat, Johor. Pertandingan ini mendapat penyertaan daripada 9 buah KPTM seluruh Malaysia termasuk KPTM Kuala Lumpur, KPTM Bangi, KPTM Kuantan, KPTM Kota Bharu, KPTM Alor Setar, KPTM Ipoh, KPTM Batu Pahat (tuan rumah), KPTM Semporna dan KPTM KESEDAR.

Tema pertandingan kali ini lebih menjurus kepada dua konsep utama iaitu Tarian Tradisional Zapin (Kategori A) dan Tarian Rampaian Rakyat (Kategori B). Kali ini KPTM KB Berjaya meraih banyak anugerah seperti Penari Berkumpulan Terbaik, Koreografi Terbaik dan Naib Juara keseluruhan pertandingan dengan catatan mata sebanyak 475 mata manakala Juara dimenangi oleh KPTM Bangi dengan catatan mata 476 dan tempat ketiga oleh KPTM Batu Pahat.

Kami wakil dari Kelab Kebudayaan dan Kesenian KPTM KB amat berasa bangga kerana sekali lagi dapat mengharumkan nama KPTM KB dan diharapkan agar dapat mengekalkan kejayaan ini pada masa yang akan datang.

Laporan Dan Gambar Oleh,
Siti Syazwani Binti Mohd Fauzi,
(Penasihat Kelab Kebudayaan dan Kesenian KPTM KB),
Untuk Unit Komunikasi Korporat KPTMKB (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)