Kelab Aerobik KPTMKB Mewakili Kelantan ke Peringkat Kebangsaan

Ditulis oleh Mohd Azuraidi bin Harun on . Posted in Berita Kampus

KHAMIS, 16 Oktober 2014 - Kelab Aerobik KPTMKB sekali lagi mengharumkan nama KPTM kerana telah terpilih ke Karnival Kecergasan Kebangsaan 2014 di Pusat Kecemerlangan Paralimpik, Kg. Pandan, Kuala Lumpur. Kelab Aerobik KPTM telah menjadi wakil Kelantan dan membawa nama KPTM sehingga ke peringkat kebangsaan. Pemilihan ke peringkat kebangsaan adalah berdasarkan kepada kejayaan pertandingan di peringkat negeri.

Karnival yang berlangsung selama 4 hari ini adalah anjuran oleh Kementerian Belia dan Sukan. Kelab Aerobik KPTMKB telah menghantar 9 orang pelajar ke karnival ini. Pelajar-pelajar tersebut adalah Fatin Shahira Zulkarnain, Khairunnisa Jaraod, Mohamad Hazwani Mahad, Muhammad Shukry Jamaluddin, Norshahrina Kanuri, Nur Amalina Rahmat, Nurul Amira Md Hamil, Nurul Asmidar Asmadi dan Mohd Zulfakar Mohd Nor. Terdapat 2 kategori yang dipertandingkan, iaitu Aerobik Terbuka dan Aerobik Tertutup. KPTMKB telah mendapat mata 7/12 untuk Aerobik Terbuka dan 10/15 untuk Aerobik Tertutup.

Selain membawa nama KPTM ke persada kebangsaan, program ini juga dapat membina jati diri dan semangat bekerjasama antara kumpulan bagi meraih kejuaraan.

Berita oleh,
Noor Azlina binti Mohammad,
Penasihat Kelab Aerobik KPTMKB,
untuk Unit Komunikasi Korporat KPTMKB, Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.