Lawatan Kelab Perakaunan KPTMKB ke Bank Negara Malaysia

Ditulis oleh Mohd Azuraidi bin Harun on . Posted in Berita Kampus

RABU, 8 Oktober 2014 - Bank Negara Malaysia Cawangan Kuala Terengganu telah menerima kunjungan peserta Kelab Perakaunan KPTMKB. Peserta yang terlibat adalah terdiri daripada 38 orang ahli kelab yang terdiri daripada pelajar Program Diploma Perakaunan KPTMKB dan 2 orang pensyarah Perakaunan.

Rombongan ini disambut oleh Pn Che Engku Suzanita bt Che Engku Muda, wakil dari BNM. Objektif program ini adalah untuk mendedahkan para pelajar dengan aktiviti dan peranan Bank Negara Malaysia dalam mengukuhkan ekonomi negara. Selain itu, program ini dapat meningkatkan pemahaman para pelajar tentang kepentingan mata wang. Ia juga dapat memberi kesedaran kepada pengguna tentang penipuan wang kertas. Seterusnya program ini juga dapat melatih mahasiswa dan mahasiswi cara mengurus program dengan lebih efisyen. Dengan wujudnya program ini, para peserta lebih memahami tentang ciri-ciri keselamatan wang kertas dan cara pencegahan tentang penipuan wang kertas.

Berita oleh,
Unit Komunikasi Korporat KPTMKB (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)