Lawatan Ke Keropok Warisan (Trg) Sdn. Bhd.

Ditulis oleh Mohd Azuraidi bin Harun on . Posted in Berita Kampus

RABU, 8 Oktober 2014 - Kelab Perakaunan KPTMKB telah melawat Keropok Warisan (Trg) Sdn. Bhd., antara kilang memproses keropok yang terbesar di Kuala Terengganu. Rombongan ini diserta oleh 38 orang pelajar Kelab Perakaunan dan diiringi oleh dua orang pensyarah.

Rombongan ini disambut oleh En. Mohd Zamal bin Muda, pengusaha kilang keropok tersebut. Antara objektif lawatan ini adalah untuk mempelajari tentang pengurusan dunia perniagaan dan keusahawanan industri kecil dan sederhana kepada para pelajar. Selain itu, ia dapat memupuk semangat keusahawanan di kalangan pelajar. Ia juga dapat melahirkan mahasiswa yang proaktif, berilmu, berkualiti, berkepimpinan dan berdaya saing, serta memupuk semangat kerjasama, saling membantu dan mengeratkan hubungan mereka. Program ini juga dapat melatih mahasiswa cara menguruskan program dengan lebih efisyen. Dengan wujudnya program ini, peserta dapat lebih memahami pengurusan perniagaan yang meliputi kewangan, operasi, pemasaran dan tanggungjawab sosial serta kelangsungan perniagaan.