Program Khidmat Masyarakat Di Songkhla, Thailand Dengan Kerjasama General Konsulat Malaysia Di Thailand

Ditulis oleh Mohd Azuraidi bin Harun on . Posted in Berita Kampus

AHAD, 23 November 2014 - Kelab D'Gold Scroll sekali lagi telah menempah nama KPTM di peringkat antarabangsa dengan menganjurkan program Khidmat Masyarakat di Songkhla, Thailand. Program ini berlangsung selama 4 hari berturut-turut. Program ini disertai oleh 23 orang peserta yang terdiri daripada pelajar pelbagai program dan pensyarah KPTMKB.

Dengan wujudnya program ini, ia dapat membuka mata peserta tentang pentingnya hubungan dengan masyarakat tanpa mengira tempat dan kaum. Program ini juga dapat memberi pendedahan kepada peserta mengenai adat resam dan tata-susila masyarakat setempat. Dari itu, peserta seterusnya dapat menerokai suasana kehidupan masyarakat Islam di sini. Secara tidak langsung, program ini juga dapat memperkenalkan KPTM kepada guru-guru sekolah kebangsaan di Selatan Thailand, supaya pelajar yang berpotensi dapat menyambungkan pengajian di KPTM.

Berita Oleh,
Unit Komunikasi Korporat KPTMKB (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)