Frontpage Slideshow (version 2.0.0) - Copyright © 2006-2008 by JoomlaWorks
Previous Next
  • 1
  • 2
Kejohanan Futsal Lelaki Terbuka Gua Musang 2014 Kejohanan ini melibatkan 32 pasukan semuanya. Kebanyakan pasukan adalah dari Jajahan Gua Musang. Pasukan KPTMKB menang pada pusingan kumpula... Read more
Kejohanan Petanque MASISWA - UNITEN 2014 KHAMIS, 16 Oktober 2014 - Kejohanan Petanque Masiswa-Uniten 2014 telah diadakan di Gelanggang Petanque Muadzam Shah. Kejohanan anjuran Unite... Read more
Program Bakti Siswa D'GSC 2014 JUMAAT, 17 September 2014 - Program Bakti Siswa D'GSC 2014 telah diadakan di Kampung Gong Guchil, Jerteh, Terengganu. Program ini dianjurkan... Read more
KPTM Kota Bharu berjaya mencapai standard Pengiktirafan Amalan Persekitaran Berkualiti (5S) oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) SELASA, 11 Mac 2014 - Kolej Poly-Tech MARA Kota Bharu telah menerima lawatan juruaudit untuk penilaian penuh Persekitaran Amalan Berkualiti ... Read more
Latihan Bahasa Melayu Di PSU Pattani Latihan Bahasa Melayu Di PSU Pattani PADA 22 Mac 2014 hingga 3 April 2014, satu program iaitu Latihan Bahasa Melayu Di PSU Pattani telah diadakan. Program ini adalah kerjasama... Read more
Pertandingan Public Speaking dan Pengucapan Awam di KPTM Semporna Pertandingan Public Speaking dan Pengucapan Awam di KPTM Semporna SEMPORNA, 11 OKTOBER 2014 - KPTMKB Menyertai Pertandingan Public Speaking dan Pengucapan Awam di KPTM Semporna. Dalam bahagian Public Spea... Read more
Bengkel Penulisan Resume Anjuran Yayasan Kerjasama Bank Rakyat Bengkel Penulisan Resume Anjuran Yayasan Kerjasama Bank Rakyat 10 dan 11 OKTOBER 2014 - Satu program bertajuk Bengkel Penulisan Resume Anjuran Yayasan Kerjasama Bank Rakyat telah diadakan di KPTMKB Ka... Read more
Program Setulus Kasih Ramadhan Program Setulus Kasih Ramadhan SABTU, 12 Julai 2014. Sekali lagi Kelab Perakaunan KPTMKB telah menganjurkan "Setulus Kasih Ramadhan", satu program amal untuk memberi s... Read more
KPTMKB @ Karnival Kecergasan Peringkat Negeri Kelantan 2014 KPTMKB @ Karnival Kecergasan Peringkat Negeri Kelantan 2014 KOTA BHARU, 6 September 2014 - seramai 30 pelajar Diploma Kejururawatan KPTMKB telah menyertai pertandingan Kecerdasan sempena Karnival Ke... Read more
Majlis Kecemerlangan Pelajar KPTMKB Sesi Januari 2014 Majlis Kecemerlangan Pelajar KPTMKB Sesi Januari 2014 SELASA, 9 SEPTEMBER 2014 - KPTMKB sekali lagi telah menganjurkan satu majlis gilang-gemilang bagi meraikan dan pelajar-pelajar yang cemerl... Read more

Kolej Poly-Tech MARA Cawangan Kota Bharu

Kejohanan Futsal Lelaki Terbuka Gua Musang 2014

Kejohanan ini melibatkan 32 pasukan semuanya. Kebanyakan pasukan adalah dari Jajahan Gua Musang. Pasukan KPTMKB menang pada pusingan kumpulan dan layak ke suku pusingan kedua. Menang dengan bergaya hingga ke pusingan semi final, namun kalah tipis dengan Kesedar A serta menang menentuan ketiga dan keempat dengan remaja Indraputra. KPTMKB membawa pulang hadiah RM700 beserta jersi. Majlis penyampaian hadiah disampaikan oleh YB ADUN Galas, Gua Musang, iaitu Ab. Aziz bin Yusof.

Kejohanan Petanque MASISWA - UNITEN 2014

KHAMIS, 16 Oktober 2014 - Kejohanan Petanque Masiswa-Uniten 2014 telah diadakan di Gelanggang Petanque Muadzam Shah. Kejohanan anjuran Uniten ini diadakan selama 4 hari yang berakhir pada 19 Oktober 2014. Ia disertai oleh 10 IPT dari seluruh malaysia, antaranya UMP,Unimap,UPSI dan Uniten. KPTMKB telah menghantar 12 orang atlet utk kategori solo, duo dan trio lelaki dan wanita. KPTMKB telah berjaya meraih 2 gangsa dalam kejohanan yg pertama kali diadakan ini. Pengurus pasukan adalah En. Mahathir Muhamad dan jurulatih pasukan adalah En. Wan Zakaria bin Ibrahim, iaitu jurulatih petanque Kelantan.

KPTM Kota Bharu berjaya mencapai standard Pengiktirafan Amalan Persekitaran Berkualiti (5S) oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)

SELASA, 11 Mac 2014 - Kolej Poly-Tech MARA Kota Bharu telah menerima lawatan juruaudit untuk penilaian penuh Persekitaran Amalan Berkualiti (5S). Pn. Kartin Haslinda Binti Che Mat daripada Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) telah mengesyorkan Kolej Poly-Tech MARA Kota Bharu untuk menerima pengiktirafan Amalan Persekitaran Berkualiti (5S).

Program Bakti Siswa D'GSC 2014

JUMAAT, 17 September 2014 - Program Bakti Siswa D'GSC 2014 telah diadakan di Kampung Gong Guchil, Jerteh, Terengganu. Program ini dianjurkan oleh Kelab D'Gold Scroll, KPTMKB. Program ini berlangsung selama 3 hari sehingga Ahad, 19 Oktober 2014. Peserta terdiri daripada ahli-ahli Kelab D'GSC dan pelajar-pelajar KPTMKB seramai 80 orang.

Latihan Bahasa Melayu Di PSU Pattani

PADA 22 Mac 2014 hingga 3 April 2014, satu program iaitu Latihan Bahasa Melayu Di PSU Pattani telah diadakan. Program ini adalah kerjasama KPTMKB, PSU Kampus Pattani, Pejabat Konsul, Pusat Pentadbiran Wilayah Sempadan Selatan Thai, dan alumni universiti-universiti Malaysia. Program ini diadakan di Kolej Pengajian Islam, Prince of Songkla University, Kampus Pattani. Ia disertai oleh guru-guru pengajian Islam di 5 wilayah selatan Thailand (320 orang dibahagi kepada 3 sesi) dan guru-guru sekolah kerajaan Thailand. Majlis penutup diadakan pada 3 April 2014.

More Articles...

Page 1 of 18

Start
Prev
1