TRUSTWORTHY| SYNERGISTIC |CARING

MAKLUMAN PENANGGUHAN TARIKH PELAJAR KEMBALI KE KPTM KOTA BHARU SELEPAS CUTI HARI RAYA AIDILFITRI

Merujuk kepada Kenyataan Media Rasmi yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri pada 10 Mei 2021, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dilaksanakan di seluruh negara dari 12 Mei 2021– 7 Jun 2021. Sehubungan dengan itu, Bahagian Akademik KPTM Kota Bharu telah bersetuju dengan ketetapan berikut :

1) Semua pelajar sesi April 2021, pelajar DN101 Semester 3 (ambilan Julai 2020) dan pelajar Semester 6 (ambilan Julai 2019) akan meneruskan pengajian secara atas talian (ONLINE) sehingga ke suatu tarikh yang akan diberitahu kelak.

2) Latihan Klinikal bagi pelajar-pelajar DN101 Semester 6 (ambilan Julai 2018) akan DITANGGUHKAN sehingga mendapat arahan terkini dari Majlis Keselamatan Negara (MKN) berkenaan dengan status Perintah Kawalan Pergerakan serta keizinan daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia. Penangguhan ini dikhuatiri akan melibatkan perubahan tarikh pembelajaran dalam kalendar akademik serta tarikh graduasi.

3) Bagi pelajar-pelajar yang sedang menjalani Latihan Industri, para pelajar perlu mengikuti jadual perlaksanaan sepertimana yang ditetapkan oleh pihak majikan masing-masing.

Dengan ini, pelajar-pelajar KPTM Kota Bharu tidak akan kembali ke kampus sehingga mendapat arahan terkini daripada pihak Majlis Keselamatan Negara/ Kementerian Pengajian Tinggi/Lembaga Jururawat Malaysia. Sekiranya pihak kami mendapat kebenaran, arahan untuk kembali ke kampus akan dikeluarkan secepat mungkin.

Sekian, harap maklum.

Hubungi Kami

KOLEJ POLY-TECH MARA KOTA BHARU
SEKSYEN 17, LEMBAH SIREH,
15050 KOTA BHARU
KELANTAN
No Tel : 09 746 2020  Fax : 09 7477877  

 

     Download Applikasi Kami    
       
         
    Lokasi Kami    

Pelawat Online

4.png6.png4.png2.png9.png8.png
Today252
Yesterday264
This week797
This month4867

3
Online

Search