Gerai Jualan Pelajar KPTMKB sempena Ramadhan
AHAD, 12 Mei 2019 - Kelab Keusahawan KPTMKB telah mengambil inisiatif dengan membuka gerai-gerai jualan sempena bulan Ramadhan ini. Gerai-gerai ini beroperasi antara pukul 4 petang hingga 10 malam, setiap Ahad hingga Khamis. Antara gerai-gerai yang dibuka setakat ini menjual pelbagai juadah berbuka puasa seperti roti jala, sagu gula Melaka, tahu bergedil daging, puding caramel, roti John, triffle, bmboloni, colek buah/ayam dan kerabu Maggi.