Semarak Ihya' Ramadhan di KPTMKB
ISNIN, 6 Mei 2019 - Program Semarak Ihya' Ramadhan adalah satu program yang diadakan di KPTMKB sepanjang bulan Ramadhan di KPTMKB. Program ini di anjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar KPTMKB, Majlis Penghuni Asrama KPTMKB dan Persatuan Mahasiswa Islam KPTMKB. Aktara aktiviti yang diadakan adalah persiapan memasak untuk berbuka puasa, berbuka beramai-ramai, solat Maghrib dan Isyak berjemaah, dan solat terawikh berjemaah, tadarus dan moreh. Aktiviti-aktiviti ini dijalankan pada setiap malam hari bekerja.
Untuk persediaan berbuka puasa beramai-ramai, semua pelajar bergotong-royong membuat persediaan dan memasak juadah yang akan dimakan. Beras, ayam, daging dan bahan-bahan memasak disumbangkan oleh kakitangan, orang perseorangan atau orang luar secara sukarela.
Dengan adanya aktiviti seumpama ini, pelajar-pelajar asnaf dan fisabilillah akan dapat diraikan.